RM28.00
Anak Pokok Mangga Epal | Mango Apple
Price RM28.00
Product SKU LGN-FRP-APME-OTH-STA
Brand LOVE GARDEN
Availability 49
Quantity
Description

Mangga Epal memang unik kerana bentuknya seakan-akan buah epal sebenar terutama jika ia dari jenis Epal Merah

Buah ini akan menjadi hijau kemerahan dengan bentuk sama apabila ia masak ranum dipokok seperti yang penulis blog dahulu selalu tuai.

Sebiji buah mangga epal ini mampu mencapai ukurlilit sekitar 25 - 30 cm apabila ia dijaga dengan baik dan dibuat penjarangan semasa peringkat putik dipokok. Bagaimana pun sebenarnya mangga Epel ini ada yang matang hanya berwarna hijau sahaja dan akan gugur sendiri apabila terlalu masak.

Mangga epal ini bagaimana pun tidak sama dengan mangga komersil yang lain kerana isinya adalah MASAM. Hanya buah yang masak ranum sahaja agak kurang masamnya dan memang penulis blog dapati tidak pernah mengatakan mangga epal ini rasanya 'manis'.

Buahnya memang banyak pada satu tangkai secara berangkai dimana jika dibaja dan dijaga dengan baik maka ia memang melekat dengan baik. Bagaimana pun kehebatan mangga epal yang mungkin ramai tidak tahu adalah kurangnya buah busuk akibat diserang lalat buah (Daucus spp) walau pun ia tidak dibalut. Kalau hendak bandingkan dengan buah apel kita boleh katakan menyamai dengan buah apel hijau yang muda kemasamannya.