RM10.00
Anak Pokok Bayam Brazil | Brazil Spinach
Price RM10.00
Product SKU LGN-PLA-APBB-OTH-STA
Brand LOVE GARDEN
Availability 46
Quantity
Description

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang (Hort, 2013). Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.

Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar. Daunnya boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi. Saiz daunnya pula sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.

Khasiat Bayam Brazil Terhadap Kesihatan
Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Bayam Brazil dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain itu, spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung